Saturday, 15 June 2013

PROGRAM NAIK TARAF PONDOK RIADAH - KAWALAN CRC / CPS

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Alhamdullilah Program Naik Taraf Pondok Riadah dan Kawalan CPS telah berjaya diadakan, komitmen dari semua Warga CRC - CPS dan penduduk sekitar amat membanggakan, jutaan terima kasih kepada yang memberi sumbangan wang ringgit, tenaga, kepakaran dan juga peralatan. Semoga kerja amal kita ini mendapat keredhaan oleh Allah s.w.t. 








Admin

Tuesday, 11 June 2013

KEMBARA JALINAN KASIH KE THAILAND - SIRI KE 5

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC.

Program Kembara Jalinan Kasih ke Bumi Thailand akan diadakan bagi memenuhi permintaan Warga CRC yang tidak dapat bersama pada Trip Kembara May 2013. Program ini juga adalah bagi persediaan menyambut Ramadhan dan Aidil Fitri.


Info Program : 
Tarikh : 28, 29 dan 30 Jun 2013 ( Jumaat, Sabtu & Ahad )
Konvoi akan bermula dari Base Tuan Presiden pada jam 0300 pagi - 28 Jun 2013. Sila pastikan passport antarabangsa dibawa, geran asal kenderaan, minyak telah diisi, tekanan angin tayar dan minyak engin mencukupi.

Ruangan Whatsapp Hatyai Siri ke 5 telah pun diaktifkan.Sebarang pertanyaan berkenaan kembara Hatyai ini boleh dikirim ke ruangan Whatsapp ini.

Admin

KELAS RAE UNTUK CALON RAE SIRI 1-2013

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Pihak Teknikal CRC telah menganjurkan Kelas RAE bagi calon calon yang bakal memduduki peperiksaan radio amatur siri 1-2013 pada bulan 26 jun 2013 ini. Alhamdullilah dan terima kasih kepada semua warga CRC yang terlibat. Kelas berhawa dingin ini diberikan secara percuma, nota, kertas soalan dan minuman ringan juga turut disediakan secara percuma.


Admin

KEMBARA JALINAN KASIH DI BUMI THAILAND SIRI 4

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Foto yang sempat dirakam oleh lensa handphone Tuan Preisden, terima Tuan Presiden atas kiriman foto ini.





Admin

CRC-CPS DI BRISBANE , AUSTRLIA

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Nama CRC- CPS telah dibawa oleh Tuna Presiden ke Negara Kangaroo, kami Warga CRC-CPS amat terharu diatas kesudian Tuan Presiden membawa nama CRC-CPS ke Austrlia.






Admin

SANTAI MALAM WARGA CRC-CPS DI BASE SIERRA 1

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Sesi santai malam Warga CRC-CPS sambil pekena ikan celup tepung di Base Station Tuan Presiden, alhamdullilah program berlangsung sepertimana yang telah dijadualkan, pelbagai isu dan perkara berbangkit telah dibincang secara umum sebelum dibawa kepada sesi mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi CRC. Terima kasih kepada Tuan Presiden atas persediaan menu ikan celup tepung walaupun hanya beberapa jam tiba dari Brisbane , Australia.






Admin

Thursday, 6 June 2013

KEMBARA JALINAN KASIH DI BUMI THAILAND - SIRI 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah Kembara Jalinan Kasih ke Bumi Thailand siri ke empat telah berjaya diadakan dan berlangsung dengan penuh keceriaan  dan cukup bermakna bagi yang pertama kali menyertai. Konvoi selamat pergi dan kembali ke kampung halaman tanpa sebarang masalah, syukur ke hadrat Allah s.w.t.


















Admin

Monday, 3 June 2013

KEMBARA JALINAN KASIH DI BUMI THAILAND - SIRI 4

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Alhamdullilah Kembara Jalinan Kasih di Bumi Thailand sesi ke 4 telah berjaya diadakan, kami dari CRC mengucapkan jutaan terima kasih diatas semua sumbangan yang telah diberikan. In sha Allah Kembara Jalinan Kasih sesi ke 5 akan diadakan, tarikhnya akan diumumkan kelak.










Admin