Monday 30 September 2013

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA KOMUNITI PDRM PAKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Majlis makan malam jemputan PDRM Balai Polis Paka, alhamdullilah komitmen terbaik dari Warga CRC diatas kehadiran penuh pada Majlis Makan Malam ini. Terima kasih kepada PDRM - Balai Polis Paka diatas jemputan ini.








Admin

Sunday 29 September 2013

TRIP KELUARGA JALINAN KASIH KE BUMI THAILAND

Assalamualaikum dn Salam Sejahtera,


CRC akan mengadakan Trip Keluarga Jalinan Kasih ke Bumi Thailand yang dijadualkan seperti berikut : -

Tarikh : 24, 25 & 26 Oct 2013 ( Khamis , Jumaat , Sabtu )
Kenderaan : Sendiri
Pintu Masuk : Melalui Sungai Golok
Anggaran Bayaran Hotel untuk Satu Malam : Rm 75
Taraf Hotel : 3 bintang / wifi / bilik luas

Info : Konvoi akan berlepas dari Paka pada 23 Oct 2013 jam 0630 petang dan akan bermalam di Rantau Panjang dan akan mula melintasi sempadan pada jam 0800 pagi keesokan hari ( 24 Oct 2013 )

Kepada yang ingin turut serta sila sediakan Passport Malaysia yang masih mempunyai tarikh luput sekurang kurang  6 bulan sebelum tarikh tamat. Kepada yang belum mempunyai Passport Malaysia , Tuan / Puan boleh membuat Passport di Kuala Terengganu, Wisma Persekutuan dan mengambil masa 1 jam.

Untuk Kenderaan : Kepada yang memandu kenderaan sendiri , sila bawa bersama Geran Asal Kenderaan. Insuran Rm 30 akan dibuat di Pejabat Imigresen Thailand, Setibanya di Thailand rakan rakan dari Thailand sudah menungu untuk melancarkan apa jua urusan yang berkenaan Imigresen Thailand.

Tarikh Tutup untuk Konvoi ini alah pada 17 Oct 2013

Admin

Monday 23 September 2013

FOTO KENANGAN BERSAMA RAKAN HAM'S DUNGUN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kunjungan dari rakan Hams Dungun di Majlis Santai BBQ Komuniti CPS.


Admin

Sunday 22 September 2013

SANTAI MUHIBBAH BBQ KOMUNITI CPS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Santai BBQ Warga CRC - CPS , Bomba , Pegawai Syariah dan PDRM . Alhamdullilah Program Riadah ini telah berlangsung pada 21 Sept 2013 , jam 0900 malam dengan kehadiran yang cukup ramai .




 













Admin

Sunday 15 September 2013

KERJA NAIK TARAF PENGULANG DI PUNCAK BAUK

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kerja kerja naik taraf pengulang sedang berjalan di Puncak Bukit Bauk sekarang ini,,semasa website ini di kemaskini kerja kerja naik taraf sedang rancak berjalan. 


Ini adalah foto foto yang kami terima terus dari Puncak Bauk untuk dikongsikan bersama. Terima kepada AJK Teknikal / Komunikasi CRC dan Warga CRC yang turut sama dalam kerja naik taraf ini.









Admin

EYEBALL KOMUNITI CRC DAN ASTRA INDUK

Assalamualaiakum dan Salam Satu CRC,

Sesi kunjungan muhibbah rakan Astra Induk ke Terengganu, alhamdullilah rakan ASTRA telah membuat persinggahan di Paka bagi tujuan menguji peralatan pengulang untuk ASTRA Transnasional Linking. 






Admin

Wednesday 11 September 2013

SANTAI MUHIBBAH BBQ BERSAMA KOMUNITI CPS - 21 SEP 2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

CRC - CPS akan mengadakan Santai Muhibbah BBQ bersama rakan komuniti CPS-PDRM-BOMBA dan Pejabat Agama.


Santai jalinan muhibbah ini ialah untuk mengeratkan lagi talisilaturrahim antara komuniti rondaan bersepadu ini. Program ini dijadualkan pada 21 sept 2013, jam 0900 malam ( selepas solat isyak ) bertempat di Pos Riadah CRC.


Perjumpaan ahli akan diadakan selepas mesyuarat Ajk CRC pada 19 Sept 2013.

Admin

Tuesday 10 September 2013

SANTAI MUHIBBAH WARGA CRC-CPS DAN PDRM DUNGUN

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Santai warga CRC - CPS dam PDRM Dungun di base Dato' Azmi sambil menikmati pengat durian. Terima kepada Dato' Azmi atau callsign dalam cps ialah Delta Alpha diatas jemputan ini. 











Admin