INFO CPS


Tajuk                            : CPS – COMMUNITY PATROL SQUAD
Kawasan                     : Parlimen Dungun
Dicadang oleh          : Kelab Komuniti dan Rekreasi  Dungun Terengganu
Disediakan                 : AJK CRC

Perkara : Projek Perintis Community Patrol Squad - CPS menggunakan Radio

Maklumat

Untuk makluman , CPS adalah singkatan kepada “COMMUNITY PATROL SQUAD iaitu inisiatif CRC dan penduduk setempat dengan kerjasama PDRM, BOMBA, RELA dan JPAM.

Tujuan dasar cadangan penubuhan CPS di Parlimen Dungun dan menggunapakai Radio ini adalah bagi membantu meringankan bebanan pihak polis dan penguatkuasa tempatan dalam melaksanakan program pencegahan jenayah dan juga memberi bantuan kepada penduduk setempat di waktu berlaku kecemasan dan bencana alam.

Projek CPS menggunakan radio ini adalah yang pertama diperkenalkan di Parlimen Dungun dan Negeri Terengganu amnya,  sekiranya terbukti berjaya adalah tidak mustahil ianya  dapat dikembangkan di peringkat negeri.

Ahli CPS akan melakukan rondaan secara berkumpulan bagi mencegah segala unsur - unsur yang mencetus kepada perlakuan jenayah , menyalurkan maklumat perihal kecemasan dan bencana alam kepada pihak berkuasa.

Dengan adanya CPS ini , secara tidak langsung dapat membantu menggurangkan kadar indek jenayah kerana ahli CPS secara tidak langsung akan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dalam usaha membanteras jenayah.

Setiap ahli CPS diwajibkan untuk menganggotai badan sukarelawan yang ditaja oleh pihak kerajaan , antaranya ialah RELA, Polis Sukarelawan ( PVR ) , JPA, Askar Wataniah dan lain lain, ini adalah untuk memastikan ahli CPS yang di pilih supaya lebih berdisiplin dan beretika ketika menjalankan tugasan.

Setiap ahli CPS yang dilantik akan diberi taklimat dari pihak CRC dan PDRM supaya tidak melakukan apa – apa perkara yang boleh menjatuhkan maruah dan nama baik CRC, Pihak Polis dan Penguatkuasa Tempatan.

Setiap Ahli CRC disarankan untuk menjadi ahli CPS dan hampir keseluruhan ahli CRC mempunyai kerjaya profesional  dari pelbagai bidang dan sektor, antaranya ialah jurutera , pensyarah, guru, pegawai bomba, kakitangan hospital, ahli perniagaan , pengawai teknikal dan lain lain.  

Untuk pendedahan penggunaan radio secara teratur pihak CRC bersama PDRM akan memberi taklimat bersama untuk memberi penerangan cara penggunaan radio yang betul , di samping itu hampir semua ahli CRC mempunyai Lesen Radio Amatur yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dengan menggunakan radio ( walkie talkie ) yang dibantu oleh pengulang ( repeater ) ini , maklumat akan dapat disalurkan dengan lebih cepat dan jauh memandangkan kuasa pancaran dari pengulang ini cukup meluas untuk kawasan Parlimen Dungun ini.

Ujian pancaran yang telah dibuat dari Puncak Bukit Bauk, 90 peratus kawasan dapat dijangkaui oleh kuasa pancaran dari pengulang dari Puncak Bukit Bauk , Dungun ini. Serama 15 ahli CRC telah melakukan ujian tersebut.

Pusat kawalan CPS ini akan diletakan di Mukim Paka, setiap Balai Polis, Balai BOMBA dan Pejabat Operasi JPAM  akan diletakan dengan satu unit radio ( mobile rig station ). Semua agensi yang terlibat akan menggunakan kata panggilan ( callsign ) mengikut nama jabatan masing – masing. Kata panggilan ( callsign ) akan diberikan oleh pihak CRC. Kesemua radio tersebut akan disediakan oleh CPS.


Pendedahan untuk menjadi ahli CPS ini boleh di maklumkan pada masyarakat setempat melalui Masjid ,Poster , weblog ,website dan lain - lain. Setiap ahli CPS akan melalui pemilihan yang akan di buat bersama PDRM atau Penguatkuasa Tempatan bagi menjamin setiap ahli CPS yang dipilih bebas dari sebarang aktiviti jenayah, ini adalah untuk memastikan ahli CPS yang dipilih akan menunjukkan sikap yang berwibawa , amanah dan bertanggung jawab ketika menjalankan tugas.


KEPERLUAN AHLI AHLI CPS DIBEKAL DAN DIDEDAHKAN DENGAN PENGGUNAAN RADIO AMATUR

Sering kali kita dan masyarakat setempat yang terlibat ataupun menjadi mangsa kepada kejadian jenayah tidak dapat berhubung dengan pihak berkuasa tempatan , Polis , Bomba, JPAM dan lain lain  kerana panik , tiada alatan perhubungan yang sesuai , panggilan tidak dijawab dan sebagainya.

Contoh – Seorang  Isteri telah melalui  satu kejadian jenayah dimana dia melihat rumahnya sedang dipecah masuk oleh penjenayah.

Apakan tindakan yang dia perlu buat – semestinya memaklumkan kepada suami , saudara terdekat ataupun balai polis yang berhampiran.

Risiko yang bakal pemanggil akan hadapi – Adakah panggilan ini akan terus dijawab oleh para suami ,  saudara terdekat, kajian yang dibuat mangsa hanya mempunyai masa dari 10 hingga 40 saat untuk bertindak bagi memaklumkan kejadian tersebut tapi disebabkan panggilannya tidak berjawab oleh kerana sebab sebab tertentu, antara contohnya ialah :

1 – Mungkin telefon  dalam tetapan senyap
2 – Mungkin sedang bermesyuarat
3 – Mungkin didalam tandas
4 – Mungkin telefon tertinggal
5 – Mungkin talian telefon sedang digunakan

Sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Kesukaran mangsa mendapatkan bantuan oleh kerana perkara perkara seperti diatas akan mengakibatkan mangsa akan kehilangan harta benda dan ianya juga boleh mengancam nyawa.

Kejadian seperti ini mampu kita elakan sekiranya mangsa dapat berhubung dan membuat sebaran maklumat kepada pihak yang berkenaan dan disinilah keperluan CPS ini harus didedahkan kepada umum.

Hubung kait CPS dan penggunaan Radio dengan kejadian ini ialah – Mangsa hanya perlu menekan PTT radio yang menggunakan frekuensi CPS dan terus memakluman kejadian tersebut.

Laporan atau makluman ini akan didengari oleh  para ahli - ahli  yang terlibat dalam CPS dan juga agensi – agensi yang terlibat dalam CPS ini. Disinilah peranan penting unit radio yang dipasang di Balai Polis , Balai Bomba dan Pejabat JPAM.

Sekiranya semua ahli CPS menutup ataupun tidak memantau di radio masing masing, masih ada lagi pihak yang akan mendengar rintihan ataupun laporan  iaitu agensi lain seperti pihak polis , Bomba dan JPAM . Kerana pihak Polis, Bomba dan JPAM berkerja mengikut jadual syif 24 jam sehari dan berterusan untuk 365 hari.  Insyallah pihak agensi – agensi ini akan memberi bantuan.

Ini adalah contoh ringkas yang sentiasa berlaku dan terus berlaku, Insyallah dengan timbulnya masyarakat perihatin yang ingin melihat jenayah sifar dikawasan masing masing dengan menjalankan aktiviti CPS dan memupuk semangat cintakan kedamaian dan menjadikan komuniti kepolisian itu sebagai keperluan dalam kehidupan seharian.

Sebagaimana yang kita sedia maklum nisbah anggota polis yang menjaga sesuatu kawasan / mukim / daerah ataupun di peringkat negeri adalah terhad, contoh di Mukim Paka anggota polis seramai 30 orang dan ditugaskan untuk menjaga 40 ribu penduduk. Keperihatinan semua pihak amat diperlukan bagi turut sama menyertai program CPS ini dengan membantu pihak berkuasa meringankan bebanan tugasan.

Pihak berkuasa seperti Polis perlukan maklumat untuk membuat serbuan , intipan atau tangkapan. Antara maklumat yang penting ialah maklumat dari orang awam. Disinilah peranan ahli ahli CPS diperlukan dengan membantu memberi maklumat dan sekaligus memantau pergerakan suspek ataupun bencana alam. Tindakan seperti tangkapan , serbuan atau bantuan akan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Ini adalah salah satu kerja amal yang dapat kita sumbangkan untuk penduduk setempat , disamping kita menjaga kediaman kita , jiran tetangga , kampung , daerah dan negeri Terengganu amnya.

Umumnya CPS ini adalah satu badan yang membantu pihak berkuasa menyampaikan maklumat di waktu kecemasan, bencana alam , kebakaran , sebarang perlakuan jenayah dan lain lain.

Asas Keperluan Gabungan Komunikasi antara PDRM , BOMBA, JPAM, CRC dan Ahli Ahli CPS.

Untuk pengetahuan semua , setakat maklumat yang saya perolehi semua agensi kerajaan diatas menggunakan saluran frekuensi radio yang berlainan.

HRC dibawah Program CPS ini akan menyelaraskan satu saluran frekuensi radio yang dapat berkomunikasi dengan semua agensi terlibat secara serentak.

Dengan wujudnya jaluran frekuensi CPS gabungan ini , ianya dapat memberi banyak manfaat kepada penduduk setempat dan pihak berkuasa tempatan.

No comments:

Post a Comment