Monday 27 May 2013

BANNER COMMUNITY & RECREATION CLUB - CRC

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Banner untuk CRC dan ianya julong kali akan digunapakai untuk Program Kembara Amal Jalinan Kasih ke Bumi Thailand, banner yang dipilih adalah lebih berbentuk kepada banner umum dan boleh digunapakai untuk program yang berikutnya. 


Admin

Friday 24 May 2013

PERJUMPAAN PROGRAM KE HATYAI THAILAND

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Satu sesi perjumpaan akan diadakan pada 29 may 2013 , jam 0530 petang di Base 9W2DMM a.k.a Sierra 1. Sila hadirkan diri terutama kepada peserta yang baru dalam konvoi ke Hatyai ini.


Persediaan Untuk Konvoi Ke Hatyai , Thailand

1 - Passport Antarabangsa
2 - Geran Kereta Asal bagi yang memandu kereta sendiri.
3 - Sila isi minyak penuh sebelum memulakan perjalanan.
4 - Pastikan Bateri, Minyak Hitam dan Air mencukupi.
5 - Sila pastikan tekanan tayar diperiksa.

Jadual Perjalanan -
0300 pagi berlepas dari Paka melalui lebuhraya Pantai Timur dan keluar exit Gemuruh
0600 pagi - Solat Subuh di Masjid Jertih , Terengganu.
0800 pagi - Berehat seketika di Masjid Beijing , Rantau Panjang
0830 pagi - Memasuki Sempadan Malaysia - Thailand melalui Rantau Panjang.

10.00 pagi akan ke Sek Keb sungai Padi untuk Program Amal Jalinan Kasih.
1200 tgh - Berlepas dari Sek Keb Sungai Padi menuju ke Pantai Narathiwat untuk makan Tengahari
0130 tgh - Berlepas dari Pantai Narathiwat dan menuju ke Bandar Hatyai
0430 ptg - Check in di Tropica Hotel Hatyai
0530 ptg - Pasar Terapung Klong Hae
0900 mlm - Makan Steamboat Sampai Koma di Bandar Hatyai.

Frekuensi Radio - V28 145.350

Admin

Wednesday 15 May 2013

KEMBARA AMAL KE BUMI THAILAND - KEMASKINI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kemaskini Program Kembara Amal ke Bumi Thailand.

Rombangan Kembara Amal yang Pertama pada Jan 2013

Program akan berlepas dari perkarangan base Tuan Presiden pada jam 0300 pagi 30 May 2013 dan akan kembali ke tanahair pada 01 Jun 2013.

Program Kembara Amal ini akan membuat Sumbangan Ikhlas untuk menaik taraf MUSOLAH / SURAU di Sek Keb Sungai Padi, Thailand.

Dengan ini saya mewakili Presiden mengalu alukan sumbangan ikhlas dari semua lapisan masyarakat untuk turut sama menyumbang bagi tujuan murni ini, ini adalah saham akhirat untuk kita semua.

Ini adalah rombongan amal kali kedua kami adakan di Sekolah Keb Sungai Padi ini. Kepada yang ingin memberi sumbangan boleh lah berhubung dengan Timbalan Presiden - En Azroy 012 9811321 , Setiausaha Kelab - Puan Youhanie 019 9849533 dan Bendahari Kelab - En Samsuri 013 9805653.


Sumbangan Ikhlas boleh dialamatkan kepada : 
COMMUNITY AND RECREATION CLUB
NO AKAUN : 5630 8210 3362
BANK : MAYBANK


Semua peserta konvoi diingatkan untuk memastikan semua kenderaan dalam keadaan baik, minyak telah diisi, tekanan angin telah diperiksa dan minyak engin dan air mencukupi.

Sila pastikan passport antarabangsa masih boleh digunapakai dan geran asal kenderaan hendaklah dibawa bersama.

Ahli Keluarga yang akan menyertai Kembara Amal adalah seperti berikut :

9W2 ZBI - SIERRA 4
KELUARGA 9W2 DMM - SIERRA 1
KELUARGA 9W2 FSO - SIERRA 49
KELUARGA 9W2 HSC - SIERRA 47
KELUARGA 9W2 MTN - SIERRA 19
KELUARGA 9W2 PCY - SIERRA 12
KELUARGA 9W2 RWK - SIERRA 13
KELUARGA 9W2 WSC - SIERRA 28
KELUARGA SIERRA 11
KELUARGA SIERRA 92
KELUARGA SIERRA 92 - 1
KELUARGA SYED VELOSI
KELUARGA WAWA DUNGUN
KELUARGA 9W2 ZMQ - SIERRA 54
KELUARGA KTJ 1
KELUARGA ABG LIE - SUNGAI PADI
KELUARGA MAT
KELUARGA ABG GHANI WIRELINE


Sumbangan dari Rombongan Amal yang Pertama pada Jan 2013

Admin

Tuesday 14 May 2013

SANTAI KELUARGA DI AIR TERJUN CEMERONG

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC

ProgramSsantai Keluarga di Air Terjun Cemerong telah diadakan dan bertemakan PATIN BUAH MENJERIT dan telah dihadiri oleh ratusan ahli keluarga CRC - CPS. Alhamdullilah program ini telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang cukup ceria disamping menikmati Patin Buah yang segar dari Sungai Pahang.













Admin

SANTAI KELUARGA SEMPENA PATIN BUAH MENJERIT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

ProgramSsantai Keluarga di Air Terjun Cemerong telah diadakan dan bertemakan PATIN BUAH MENJERIT dan telah dihadiri oleh ratusan ahli keluarga CRC - CPS. Alhamdullilah program ini telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang cukup ceria disamping menikmati Patin Buah yang segar dari Sungai Pahang.








Admin

JOM TERBANG BERSAMA HELICOPTER RC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mengisi masa lapang dengan bermain helicopter kawalan jauh yang cukup menyeronokkan dan hobi ini dapat dikongsi bersama sama dengan keluarga tersayang, nasihat dari admin untuk permainan helicopter RC ini hendaklah dikawal selia oleh penjaga dan ianya sesuai untuk kanak kanak berumur 13 tahun keatas sahaja.



Admin

Wednesday 8 May 2013

SANTAI KELUARGA CRC - HRC DI AIR TERJUN CEMERONG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program Santai Keluarga mandi manda di Air Terjun Cemerong, terima kasih kepada semua keluarga yang terlibat termasuk persediaan untuk menu menu yang sedap sedap belaka,,,CRC Terbekkk.










ADMIN

AKTIVITI RIADAH DUA RODA - GENG SKRENG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Santai pacuan dua roda bersama Geng Skreng, kepada sesiapa yang memiliki motor dalam kategori skreng sepertimana yang tertera dibawah dan berminat untuk turut serta, silalah berhubung dengan Acik / Sierra 92 di talian 013 - 9843511 atau Abg Bulong 9W2BLW / Sierra 24 di talian 019 9342884.









ADMIN