Thursday, 20 June 2013

JEMPUTAN UNTUK CRC DARI SEK KEB PAKA II

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Jemputan makan tengahari oleh Pihak Pengurusan Sek Keb Paka II diatas kerjasama dan komitmen CRC - CPS dalam membantu Guru dan Pelajar Sek Keb Paka II,, Tahniah untuk semua.

Admin

Wednesday, 19 June 2013

TRIP MENGIRINGI CALON RAE SIRI 1-2013 KE UMT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Trip mengiringi Calon RAE siri 1-2013 ke UMT. Konvoi akan bermula dari base tuan presiden pada jam 10.00 pagi. Kepada yang berkelapangan dapatlah kiranya turut serta dalam memberi semangat dan sokongan kepda calon calon yang bakal menduduki peperiksaan RAE siri 1-2013 ini.


Admin

Tuesday, 18 June 2013

KEMASKINI - NAIK TARAF PONDOK RIADAH / KAWALAN CRC - CPS

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC

Progres terkini kerja naik taraf pondok riadah dan kawalan CPS. Kerja kerja pemasangan lantai akan diadakan selepas dana yang diterima mencukupi.







Admin

KEMBALINYA AYAHNDA DATO' WAHAB KE RAHMATULLAH

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC

Saya mewakili Tuan Presiden , Ahli Majlis Tertinggi CRC dan seluruh ahli keluarga CRC mengucapkan SALAM TAKZIAH kepada Penaung CRC, Dato' Wahab Abd Lah diatas pemergian ayahnda tersayang pada 17 June 2013 , jam 0150 tengahari semalam. Majlis pengkebumian telah berlangsung pada hari yang sama selepas solat isyak di Tanah Perkuburan Limbong.


Bagi pihak Dato' Wahab - Beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen serta iringan doa untuk ayahnda beliau. 

Beliau juga turut menjemput semua ahli CRC untuk ke Majlis Tahlil arwah pada 18 Jun 2013 yang dijadualkan selepas solat isyak di rumah arwah ayahnda beliau di belakang Sek Men Paka.

Admin

Sunday, 16 June 2013

CRC DI AKHBAR SINAR HARIAN VERSI 16 JUN 2013

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

CRC di dada akhbar Sinar Harian versi 16 Jun 2013, memaparkan kisah Kembara Amal Jalinan Kasih di Bumi Thailand. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Siri Kembara ke 4 ini.



Admin

BANNER CRC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Banner yang dicadang untuk diletak dipondok riadah dan kawalan CRC - CPS , sebarang cadangan amat dialu-alukan.


Admin

PELANTAR MINYAK DI DEEPWATER OILFIELD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sedikit info untuk dikongsi bersama, sumber info dari Tuan Presiden - Sierra 1, Kawasan Pelantar minyak ini di namakan sebagai Pelantar Minyak Laut Dalam Pertama di Malaysia. Terletak di Perairan Labuan dengan jarak 130km dan mempunyai kedalaman air mencecah 5000 kaki. Pelantar pertama yang telah dibina dan menjalankan operasi ialah FPSO Kikeh dan Kikeh SPAR. Operasi Kikeh dikendalikan oleh Murphyoil Corp.


FPSO KIKEH

FPSO - FLOATING - PROCESS - STORAGE - OFFLOADING

Perjalanan melalui jalan udara dari Airport Pulau Labuan mengambil masa selama 30 minit dengan menggunakan Helicopter jenis S76 C++



Alhamdullilah pada tanggal 12 Jun 2013 , Deepwater Oilfield telah menerima tetamu baru iaitu Pelantar Minyak Terapung yang dinamakan dengan Gumusut Kakap. Operasinya akan diseliakan oleh pihak SHELL.



Admin

Saturday, 15 June 2013

PROGRAM NAIK TARAF PONDOK RIADAH - KAWALAN CRC / CPS

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Alhamdullilah Program Naik Taraf Pondok Riadah dan Kawalan CPS telah berjaya diadakan, komitmen dari semua Warga CRC - CPS dan penduduk sekitar amat membanggakan, jutaan terima kasih kepada yang memberi sumbangan wang ringgit, tenaga, kepakaran dan juga peralatan. Semoga kerja amal kita ini mendapat keredhaan oleh Allah s.w.t. 








Admin

Tuesday, 11 June 2013

KEMBARA JALINAN KASIH KE THAILAND - SIRI KE 5

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC.

Program Kembara Jalinan Kasih ke Bumi Thailand akan diadakan bagi memenuhi permintaan Warga CRC yang tidak dapat bersama pada Trip Kembara May 2013. Program ini juga adalah bagi persediaan menyambut Ramadhan dan Aidil Fitri.


Info Program : 
Tarikh : 28, 29 dan 30 Jun 2013 ( Jumaat, Sabtu & Ahad )
Konvoi akan bermula dari Base Tuan Presiden pada jam 0300 pagi - 28 Jun 2013. Sila pastikan passport antarabangsa dibawa, geran asal kenderaan, minyak telah diisi, tekanan angin tayar dan minyak engin mencukupi.

Ruangan Whatsapp Hatyai Siri ke 5 telah pun diaktifkan.Sebarang pertanyaan berkenaan kembara Hatyai ini boleh dikirim ke ruangan Whatsapp ini.

Admin

KELAS RAE UNTUK CALON RAE SIRI 1-2013

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Pihak Teknikal CRC telah menganjurkan Kelas RAE bagi calon calon yang bakal memduduki peperiksaan radio amatur siri 1-2013 pada bulan 26 jun 2013 ini. Alhamdullilah dan terima kasih kepada semua warga CRC yang terlibat. Kelas berhawa dingin ini diberikan secara percuma, nota, kertas soalan dan minuman ringan juga turut disediakan secara percuma.


Admin

KEMBARA JALINAN KASIH DI BUMI THAILAND SIRI 4

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Foto yang sempat dirakam oleh lensa handphone Tuan Preisden, terima Tuan Presiden atas kiriman foto ini.





Admin

CRC-CPS DI BRISBANE , AUSTRLIA

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Nama CRC- CPS telah dibawa oleh Tuna Presiden ke Negara Kangaroo, kami Warga CRC-CPS amat terharu diatas kesudian Tuan Presiden membawa nama CRC-CPS ke Austrlia.






Admin

SANTAI MALAM WARGA CRC-CPS DI BASE SIERRA 1

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Sesi santai malam Warga CRC-CPS sambil pekena ikan celup tepung di Base Station Tuan Presiden, alhamdullilah program berlangsung sepertimana yang telah dijadualkan, pelbagai isu dan perkara berbangkit telah dibincang secara umum sebelum dibawa kepada sesi mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi CRC. Terima kasih kepada Tuan Presiden atas persediaan menu ikan celup tepung walaupun hanya beberapa jam tiba dari Brisbane , Australia.






Admin

Thursday, 6 June 2013

KEMBARA JALINAN KASIH DI BUMI THAILAND - SIRI 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah Kembara Jalinan Kasih ke Bumi Thailand siri ke empat telah berjaya diadakan dan berlangsung dengan penuh keceriaan  dan cukup bermakna bagi yang pertama kali menyertai. Konvoi selamat pergi dan kembali ke kampung halaman tanpa sebarang masalah, syukur ke hadrat Allah s.w.t.


















Admin